AS Pantau Kumpulan Militan Baru

Militan Jemaah Ansharut Daulah (JAD) di Indonesia dan dua lagi kumpulan diletakkan dalam senarai pemerhatian pasukan anti-keganasan Amerika Syarikat (AS) berikutan hubungan mereka dengan Daesh.

Jabatan Negeri AS dalam satu kenyataan berkata, JAD yang juga dalang serangan keganasan di Jakarta, Januari tahun lalu, ditandakan sebagai pengganas global.

“JAD adalah kumpulan pengganas berpangkalan di Indonesia yang ditubuhkan pada 2015 dan terdiri daripada hampir 20 pelampau. Mereka berjanji setia dengan pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, langkah tersebut membuka jalan untuk penguatkuasaan undang-undang AS terhadap mereka terutama di tengah-tengah ancaman Daesh semakin meningkat di Asia Tenggara.

Langkah itu bermakna aset akan disekat dan syarikat serta rakyat AS dilarang mempunyai urusan dengan mereka. – Straits Times