Gempa Bumi Kuat Landa Selatan Kepulauan Fiji

Satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 skala Richter melanda selatan Kepulauan Fiji pada 5.53 pagi ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata pusat gempa ialah 227km barat daya Nadi, Fiji dan 6,842km tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun gempa itu tidak menimbulkan ancaman tsunami. – BERNAMA