Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

Lelaki Serang Tadika, 11 Kanak-Kanak Cedera

Seorang lelaki di wilayah selatan China, Guangxi mencederakan 11 kanak-kanak dengan pisau di sebuah tadika semalam.

Jenayah ganas jarang berlaku di China berbanding negara lain namun siri serangan pisau dan kapak berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kanak-kanak menjadi sasaran.

Memetik siaran microblog rasmi China Central Television, seorang lelaki memanjat dinding tadika di bandar Pingxiang dan menyerang pelajar.

Kesemua kanak-kanak yang cedera dihantar ke hospital dan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa, lapor CCTV.

Suspek ditahan pihak polis dan kejadian sedang disiasat, namun nama penyerang tidak didedahkan. – Reuters