Puluhan Banduan Maut Akibat Rusuhan Penjara Brazil

Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam rusuhan penjara di rantau Amazon, Brazil apabila pergaduhan tercetus dalam kalangan beberapa kumpulan banduan semalam.

Menurut Ketua Penjara, Pedro Florencio, rusuhan yang berlaku di penjara Manus, ibu negeri Amazon menyebabkan 60 maut berpuluh lagi cedera.

“Penjara ini sentiasa penuh sesak dengan banduan, sekurang-kurangnya 60 mati setakat. Angka sebenar selepas ini,” katanya kepada wartawan AFP.

Adalah satu perkara biasa di Brazil rusuhan sebegini berlaku terutamanya di penjara yang sesak dan kekurangan dana. – AFP