Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

Bekalan AS Cukup Punca Harga Minyak Dunia Jatuh

Harga minyak jatuh semalam berikutan bekalan Amerika Syarikat (AS) mencukupi selain spekulatif yang berlebihan mengatasi langkah mengekang lebihan output yang dilaksanakan OPEC dan ketegangan yang meningkat antara AS dan Iran.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent jatuh AS$1.09 atau 1.9 peratus untuk ditutup pada paras AS$55.72 setong, manakala kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermediate menyusut 82 sen atau 1.5 peratus kepada AS$53.01.

Ia adalah penutup terendah bagi kedua-dua kontrak utama itu sejak 31 Januari 2017.

“Kami rasa sebahagian besar kejatuhan harga adalah berkaitan peningkatan yang besar daripada dijangka dalam WTI bersih dan peningkatan besar dalam jumlah pelantar minyak AS,” kata Presiden Ritterbusch & Associates, Jim Ritterbusch. – Reuters