Presiden Mesir Arah Al-Sisi Tentera Bertindak

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengarahkan tenteranya bertindak ke seluruh negara hari ini, kata pejabatnya dalam satu kenyataan, selepas 43 orang terbunuh dalam serangan bom di dua gereja.

“Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Presiden Abdel Fattah al-Sisi, mengarahkan beberapa unit tentera segera digerakkan bagi membantu polis awam dalam memastikan keselamatan kemudahan utama di semua wilayah republik itu,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan. – REUTERS