Jokowi Arah Tembak Pengdar Dadah

Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo mengarahkan pegawai penguat kuasa undang-undang menembak pengedar dadah dalam usaha menangani masalah narkotik yang dihadapi negara itu.

“Bertindak tegas, terutamanya kepada pengedar dadah asing yang memasuki negara ini dan cuba mengelak dari ditangkap.

“Tembak mereka kerana kita sekarang memang berada dalam keadaan darurat narkotik,” kata Widodo dalam ucapan yang disampaikan pada acara anjuran sebuah parti politik Indonesia semalam.

Kenyataannya itu dibandingkan dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang melancarkan kempen keras antidadah kira-kira setahun lalu yang menyaksikan ramai mereka yang didakwa pengedar dadah terbunuh.

Kempen berdarah di Filipina mengundang kutukan masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Indonesia juga mempunyai undang-undang yang tegas terhadap dadah.

Widodo sebelum ini dikritik kerana memerintahkan hukuman mati terhadap pengedar dadah yang dihukum mati oleh mahkamah.

Aktivis hak asasi dan beberapa kerajaan meminta Indonesia menghapuskan hukuman mati.

Arahan tembak oleh Widodo semalam dibuat seminggu selepas polis Indonesia menembak mati seorang lelaki Taiwan di sebuah bandar dekat ibu kota Jakarta. – Reuters