Kebakaran Hospital Di Korea Selatan Ragut 31 Nyawa, Puluhan Cedera

Seramai 31 orang terbunuh manakala lebih 40 lain cedera, dalam kebakaran sebuah hospital di bandar tenggara Miryang, Korea Selatan pada awal Jumaat, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran dipercayai bermula kira-kira pukul 7.30 pagi di bilik kecemasan di tingkat pertama bangunan utama Hospital Sejong.

Kebakaran dapat dipadamkam kira-kira dua jam kemudian. Hampir 100 pesakit dipercayai berada dalam bangunan hospital ketika kejadian.

Seramai 52 orang, kebanyakannya pesakit dipindahkan ke empat hospital berdekatan, kata pihak berkuasa. Sementara, 93 pesakit dari bangunan bersebelahan berjaya dipindahkan dan semua dilaporkan selamat.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti. – BERNAMA