Harga Petrol Kekal, Diesel Naik 5 Sen Esok

Harga runcit bahan bakar petrol RON95 dan petrol RON97 pada bulan Mac ini dijangka tidak berubah pada RM2.30 seliter dan RM2.60 seliter berdasarkan pengiraan sistem apungan terus.

Namun, harga runcit bahan bakar diesel dijangka akan naik sebanyak RM0.05 kepada RM2.20 selitar berkuat kuasa tengah malam ini.

Penentuan harga minyak berdasarkan sistem apungan terus dikira mengikut MOPS Platts.