Harga Minyak Rendah Pada Awal Dagangan

Harga minyak lebih rendah pada awal dagangan Asia hari ini apabila pemulihan dalam pengeluaran Libya memberikan tekanan terhadap pasaran, selain kenaikan kapasiti penggerudian pelantar Amerika Syarikat (AS) memberikan isyarat potensi peningkatan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 3 cents pada AS$53.09 setong pada 0141 GMT dari sesi sebelumnya.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate turun 1 cent kepada AS$50.23 setong.

“Harga minyak mentah jatuh ekoran peningkatan penggerudian di AS dan pemulihan dalam pengeluaran Libya mempengaruhi sentimen pelabur,” kata ANZ Bank dalam satu nota.

Pengeluaran minyak mentah Libya meningkat pada Isnin selepas syarikat minyak milik negara itu, National Oil orp (NOC) meningkatkan pengeluaran minyak mentah Sharara dari terminal Zawiya di barat negara ini, menurut sumber yang arif mengenai perkara itu kepada Reuters.

Sementara itu, penggerudi AS menambah pelantar paling banyak pada suku ini sejak suku kedua tahun 2011, data daripada perkhidmatan tenaga syarikat Baker Hughes menunjukkan pada hari Jumaat, melanjutkan pemulihan penggerudian 10 bulan. – REUTERS