Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR : Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan impak positif pilihan raya presiden Perancis kerana pedagang masih menanti pasca pilihan raya.

Pada jam 9.03 pagi, ringgit didagangkan kepada 4.3390 / 3420 berbanding dolar AS daripada 4.3350 / 3380 pada Isnin.

Pedagang berkata, dolar AS terus kukuh disebabkan peningkatan jangkaan Rizab Persekutuan menaikkan kadar AS.

Sementara itu, Ringgit turut terjejas oleh kenaikan harga minyak mentah hari ini dengan West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.41 peratus kepada AS$46.62 setong dan Brent meningkat 0.39 peratus kepada AS$49.53.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0852 / 0875 daripada 3.0856 / 0886 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.8290 / 8326 daripada 3.8523 / 8560 pada Isnin.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.6186 / 6242 daripada 5.6208 / 6264 dan naik berbanding euro kepada 4.7404 / 7454 daripada 4.7412 / 7462 sebelumnya. – BERNAMA