Harga Minyak Dunia Catat Penurunan

Harga minyak mencatat penyusutan lanjut dalam dagangan Asia hari ini susulan pemulihan pengeluaran di lapangan minyak terbesar Libya dan di tengah-tengah keraguan berhubung pengurangan pengeluaran diterajui OPEC.

Penanda aras dagangan hadapan minyak mentah Brent turun 18 cent, atau 0.3 peratus, kepada AS$52.19 satu tong pada 0038 GMT selepas susut 0.1 peratus dalam sesi sebelumnya.

Dagangan hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) turun 13 cent, atau 0.3 peratus, pada AS$49.26 satu tong, selepas turun 0.4 peratus semalam.

Pengeluaran lapangan minyak Sharara di Libya kembali normal selepas gangguan sementara apabila penunjuk perasaan bersenjata memasuki bilik kawalan di bandar Zawiya, demikian menurut Perbadanan Minyak Nasional (NOC).

Lapangan itu mengeluarkan sekitar 270,000 tong sehari, mewakili satu perempat pengeluaran minyak negara itu.

Pengeluaran OPEC mencecah paras tertinggi 2017 Julai lalu dan eksport juga mencatat rekod tertinggi. – Reuters