Ringgit Bakal Kukuh Perlahan-Lahan Menurut Pusat Penyelidikan RHB

RHB Research menjangkakan nilai Ringgit Malaysia akan kukuh secara perlahan-lahan, berikutan nilai asasnya sudah melepasi aspek negatif.

 

“”Berikutan ekonomi Malaysia masih dijangka berkembang pada kadar yang lebih kukuh, kami menjangka ringgit akan pulih secara perlahan-lahan.

“Ini disebabkan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden dan ketidaktentuan terdahulu selepas Bank Pusat memperkenalkan langkah-langkah membendung spekulasi pedagang pesisir pantai, yang menunjukkan penambahbaikan kebelakangan ini,” melalui satu kenyataan dikeluarkan pusat penyelidikan itu.

Bagaimanapun, RHB Research mengingatkan naik turun ringgit dijangka berterusan dalam tempoh terdekat, mengambil kira jangkaan Rizab Persekutuan akan membuat kenaikan lanjut ke atas kadar faedahnya.

Pusat penyelidikan ekonomi itu berkata, rizab tukaran asing Malaysia menokok sebanyak AS$500,000 kepada AS$99.4 bilion setakat 31 Julai.

Ini katanya, dapat dilihat pada aliran masuk dana asing ke dalam pasaran saham dalam bulan itu.