Ringgit Didagangkan Lebih Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit didagangkan lebih rendah semalam selepas dolar Amerika Syarikat (AS) mendapat momentum baharu dalam dagangan awal pagi ini, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu didagangkan kepada 4.2860/2900 berbanding mata wang AS itu, jatuh berbanding 4.2840/2870 sebelumnya.

Peniaga berkata mata wang dolar AS menjejaki momentum baharu selepas pelabur mula menetapkan kedudukan dalam pasaran utama minggu ini menjelang laporan pekerjaan AS pada Jumaat ini.

“Secara domestik, pelabur kini menunggu statistik dagangan Jun yang akan turut dikeluarkan pada Jumaat,” katanya.

Berbanding mata wang lain, ringgit didagangkan lebih tinggi melainkan euro.

Unit tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1533/1577 daripada 3.1556/1592 semalam.

Bahkan berbanding yen, ringgit turut naik 3.8812/8859 hari ini daripada 3.8815/8853 semalam.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound British kepada 5.6635/6692 daripada 5.6647/6700 pada Selasa namun lemah berbanding euro kepada 5.0631/0682 daripada paras Selasa 5.0607/0655. – BERNAMA