Tony Akhir Zaman Duda, Kahwini Wanita Muda Korea

Pengasas syarikat penerbangan murah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengakhiri zaman duda dengan mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Cote d’Azur, Perancis hanya dihadiri keluarga dan teman rapat kepada taikun penerbangan murah tersebut.

Tony kelihatan segak memakai suit tiga lapis manakala isterinya menawan dengan gaun putih panjang.

Pasangan itu dikatakan bercinta lebih daripada dua tahun sebelum dikahwinkan semalam.

Tidak banyak maklumat diketahui berkaitan isterinya, Chloe, 20-an, walaupun beliau dikatakan mempunyai personaliti menarik dan disukai ramai.

Malah, nama keluarganya juga hanya diketahui keluarga dan teman rapat.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz. – NST