Harga Runcit Bahan Bakar Turun Selepas Lima Minggu Naik

Harga runcit bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan memperlihatkan penurunan setelah lima minggu berturut-turut naik.

Penurunan harga runcit bahan bakar itu adalah di luar jangkaan ekoran peningkatan harga minyak global selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dilaporkan masih meneruskan pengurangan pengeluaran bagi memastikan trend permintaan melebihi penawaran.

Harga runcit baru yang ditetapkan untuk petrol RON95 dan petrol premium RON97, turun sebanyak lapan sen menjadikan harga runcit RON95, RM2.30 per liter dan RON97 pada harga RM2.58 per liter.

Manakala harga runcit baru bagi diesel pula ditetapkan pada harga RM2.23 per liter, penurunan sebanyak dua sen berbanding harga runcit pada minggu lalu.

Harga runcit bahan bakar itu akan mula berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 23 November hingga 11.59 malam pada 29 November depan.