‘Adnan Sempit’ Timang Anak Lelaki Sulung

Pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata lelaki sulungnya yang dilahirkan kira-kira dua jam yang lepas.

Berita gembira tersebut dikongsi Syatilla yang sempat memuat naik sekeping gambar bersama suaminya ke Instagram milik pelakon tersebut .

“30 minit yang lepas. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Terima kasih sayang,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Shaheizy, Khaty Fauziah turut memuat naik gambar bersama menantunya itu di laman Instagramnya.

“Alhamdulillah, selesai sudah. Hari Ini 9 Mei 2017, lahirnya seorang insan lelaki #SamJunior. Tahniah anakanda-anakandaku,” katanya. – UTUSAN ONLINE