Keith Foo Bergelar Bapa, Timang Anak Perempuan

Pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose, Keith Foo, sah bergelar bapa apabila isterinya selama melahirkan cahaya mata pertama mereka semalam.

Berita mengenai perkara itu dikongsi di Instagram yang menunjukkan gambar tangan si comel itu sedang mengenggam jari isterinya, Kim Raymond bersama butiran yang menunjukkan perasaan gembira dan bahagia.

Isterinya dipercayai selamat melahirkan bayi perempuan mereka di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor, namun perincian lanjut mengenai kelahiran cahaya mata itu tidak dapat dipastikan media.