Pelajar Perubatan Dinobatkan Sebagai Miss World Edisi Ke-67

Pelajar perubatan dari India, Manushi Chhillar, 20, dinobatkan sebagai Miss World edisi ke-67, tahun ini, sekali gus mengikut jejak aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra dan Aishwarya Rai.

Chhillar yang juga seorang penari tarian klasik India terlatih, ialah wakil keenam dari negara itu yang memenangi pertandingan ratu cantik berkenaan.

Kemenangannya itu meletakkan India setaraf dengan Venezuela, sebagai negara yang paling banyak mencatat kemenangan dalam sejarah Miss World.

“Terima kasih semua atas segala sokongan dan kasih sayang. Kemenangan ini hadiah untuk India,” katanya di Twitter.

Beliau menerima mahkota Miss World daripada pemenang tahun lalu, Stephanie del Valle dari Puerto Rico, dalam satu majlis di sini, semalam. – AFP