Quincy Jones Dakwa Mendiang Michael Jackson Curi Lagu Popular

Penerbit muzik legenda yang juga ‘orang kuat’ di sebalik kemasyhuran Michael Jackson, Quincy Jones, mendakwa Raja Pop berkenaan ‘mencuri’ beberapa lagu popularnya.

“Saya keberatan mendedahkannya kepada umum tetapi tidak mahu menyembunyikan kenyataan Michael banyak menciplak lagu-lagu saya,”katanya dalam satu temubual bersama majalah tempatan Vulture.

“Nota muzik ‘tidak berbohong’ dan Michael seperti jelmaan Machiavellian ketika melakukannya, “ujar veteran muzik yang berusia 84 tahun itu.

Jones secara khusus menyebut ‘Billie Jean’ menawarkan rentak yang hampir sama dengan lagu ‘State of Independence‘ dendangan ratu disco Donna Summer.

Katanya, lagu dinyanyikan Summer itu diterbitkan Jones pada 1982, beberapa bulan sebelum Michael muncul dengan album Thriller.

Jones turut menyelar Micheal sebagai penyanyi ‘tamak’ apabila tidak mengiktiraf sumbangan pemain keyboard, Greg Phillinganes yang didakwa membantu menghasilkan lagu ‘Dont Stop ‘Til You Get Enough‘.

Tuduhan Jones sedikit sebanyak mengubah persepsi umum terhadap Michael yang meninggal dunia pada tahun 2009 lalu.

Namun, masih ramai yang simpati dengan penyanyi itu yang ketika hayatnya dilihat bergelut dengan masalah peribadi sehingga membawa kepada kemurungan. – AFP