Polis Diraja Malaysia Umum Pertukaran Dua Pegawai Kanan Mulai 23 Oktober

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dua pegawai kanannya berkuat kuasa pada 23 Oktober depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad berkata pertukaran berkenaan melibatkan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, CP Datuk Zamri Yahya yang akan bertukar jawatan sebagai Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Tempat Zamri akan diganti oleh DCP Datuk Sanusi Sidek yang kini Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri. – BERNAMA