Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

RCI Forex Tamat Lebih Awal, Saksi Ke-25 Hadir Prosiding Hari ini

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan akan berlangsung sehingga lusa, berakhir hari ini setelah saksi ke-25, bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ishak Tadin dipanggil.

Ishak, 85, hadir ke prosiding berkenaan, namun diwakili anaknya, Risal Ishak untuk memberi keterangan kerana keadaan kesihatan dan masalah memori dihadapi lelaki itu untuk mengingati kejadian lampau.

Prosidin RCI yang dijangka berlangsung selama 10 hari, hanya berlangsung selama lapan hari dengan Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mengarahkan semua pihak memfailkan penghujahan bertulis masing-masing mengenai skandal urus niaga itu sebelum jam 5.00 petang, Khamis ini.

Tambah Mohd Sidek, sebanyak 42 dokumen telah dimasukkan sebagai keterangan sepanjang sembilan hari pendengaran mulai 21 Ogoso lalu di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman Putrajaya.

Kemuncak prosiding tersebut ialah apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi keterangan semalam yang menyaksikan kedua bekas pemimpin itu mendakwa tidak tahu terhadap urus niaga dijalankan.

RCI mengenai urus niaga wang asing itu ditubuhkan bertujuan bagi menyiasat kerugian RM31.5 bilion semasa pemerintahan Dr Mahathir.