Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

PDRM Umum Pertukaran Dan Kenaikan Pangkat Tiga Lagi Pegawai Kanan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat tiga lagi pegawai kanannya berkuat kuasa 13 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Md Dali Wahid akan bertukar ke jawatan Ketua JSPT IPK Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Superintendan Saifi Abd Hamid pula yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah itu dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Juruiring kepada Sultan Johor, Superintendan R. Sugumaran akan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Semalam, PDRM mengumumkan 42 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 9 November ini. – BERNAMA