Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

Rogol Atlet, Reman Jurulatih Renang Dilanjutkan Lagi Lima Hari

Tempoh reman ke atas seorang jurulatih Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) yang ditahan kerana disyaki merogol atlet penerjun wanita negara di Kompleks Sukan Bukit Jalil, pada 26 September lepas, dilanjutkan selama lima hari sehingga 11 Oktober ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi hari ini.

Jurulatih warga China berumur 35 tahun itu ditahan pada 2 Oktober lalu selepas polis menerima laporan daripada mangsa dan direman selama lima hari bermula 3 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – BERNAMA