Harga Runcit Mingguan Petrol, Diesel Saksikan Penurunan Ketara

Harga runcit siling bahan bakar untuk tujuh hari akan datang menyaksikan penurunan sebanyak RM0.10 per liter untuk petrol RON95, manakala harga RON97 turun sebanyak RM0.11 per liter bermula tengah malam ini sehingga Rabu minggu hadapan.

Harga diesel juga mengalami penurunan sebanyak RM0.12 sen minggu ini.

Penurunan ini menjadikan harga jualan RON95 lebih murah menjadi RM2.23 per liter, berbanding harga RM2.33 per liter pada minggu lalu.

Manakala harga jualan siling untuk RON97 pula jatuh kepada RM2.50 per liter daripada RM2.61 per liter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu, harga runcit untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari akan datang diumumkan menjadi RM2.19 per liter daripada harga minggu sebelumnya iaitu RM2.31.

Harga runcit siling tersebut akan mula dikuatkuasakan pada pukul 12.01 tengah malam 15 Februari sehingga 11.59 malam pada 21 Februari 2018.