Balas Dendam Punca Resort Jamal Dirobohkan

Tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos melakukan protes berkaitan isu bekalan air negeri ini di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam membawa musibah besar kepada beliau apabila resort miliknya disita dan dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), hari ini.

Berdasarkan notis dikeluarkan Majlis Daerah Sabak Bernam, resort milik Jamal, Sekin Fisherman Village Hotel and Resort didakwa tidak memiliki lesen yang sah berdasarkan  Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Daerah Sabak Bernam) 2013.

Namun menurut sumber terdekat kepada pemimpin itu mendakwa bahawa tindakan MDSB merobohkan sebahagian binaan di kawasan pusat peranginan itu kurang 24 jam selepas notis dikeluarkan bermotifkan balas dendam.

Tambah sumber tersebut, tiada ruang diberikan kepada Jamal untuk bertemu dan berbincang bagi menyelesaikan isu terbabit, sebaliknya MDSB bertindak mengarahkan jentolak untuk merobohkan binaan dalam pusat peranginan tersebut secara mengejut.