Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

Netizen Kritik Isteri Pemimpin Umno Selangor Berfoya-foya

Penyebaran beberapa keping foto isteri seorang pemimpin utama Umno Selangor berfoya di luar negara nyata mendapat reaksi negatif netizen yang mendakwa perkara tersebut sebagai bukti kehidupan mewah golongan terbabit ketika rakyat sedang menderita dengan pelbagai tekanan kos sara hidup.

Hasil tinjauan Selangor Press mendapati sebilangan besar netizen mengkritik gaya hidup mewah keluarga pemimpin Umno itu dan disifatkan gagal memahami kehidupan rakyat kebanyakan yang sedang tersepit dengan keadaan semasa ekonomi negara.

Malah penyebaran foto berkenaan dilihat sedikit sebanyak mencalarkan imej Umno Selangor, lebih-lebih lagi apabila hal berkenaan melibatkan keluarga kepimpinan utama parti itu.

Foto isteri pemimpin Umno Selangor itu didakwa diambil semasa bercuti ke Las Vegas, Amerika Syarikat memaparkan beliau menaiki limosin mewah.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan diberikan pemimpin berkenaan berkaitan  penyebaran foto tersebut.