Syed Saddiq Sumbang RM10,000 Bantu Aktivis MO1

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia menyumbangkan hadiah wang tunai diterimanya dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak tahun lalu kepada aktivis pelajar yang digantung pengajian dan didenda oleh Universiti Malaysia (UM) berkaitan Perhimpunan Tangkap MO1.

Syed Saddiq berkata hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 diterimanya itu akan digunakan bagi memastikan hak aktivis mahasiswa berkenaan akan terbela, selain melunaskan janjinya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

“Ingat lagi saya bila disoal oleh media tentang wang berjumlah RM10,000 yang saya terima.

“Saya berjanji bahawa saya akan gunakan wang tersebut untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara kerana itulah sebab asal saya memperolehi anugerah itu,” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan semalam.

Syed Saddiq turut menempak Perdana Menteri dengan mendakwanya cuba menutup hak kebebasan bersuara rakyat dengan pelbagai cara.

“Datuk Seri Najib yang dulunya mengucapkan tahniah kepada saya kerana berjaya mengharumkan nama negara atas dasar bahas, kini bermati-matian menjahit mulut rakyat yang berani melawannya,” tambahnya lagi.

Empat mahasiswa UM telah dikenakan tindakan oleh pentadbiran universiti itu berhubung penganjuran Perhimpunan Tangkap MO1 di Kuala Lumpur Ogoso lalu.

Aktivis mahasiswa, Anis Syafiqah Mohd Yusof  digantung pengajian dan didenda kerana didakwa sebagai pengajur, manakala Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali pula digantung pengajian selama satu semester dan denda RM400.00.

Seorang lagi aktivis mahasiswa, Suhail Wan Azhar pula hanya didenda.UM telah menggantung pengajian serta mendenda Anis atas peranannya sebagai penganjur perhimpunan Tangkap MO1 di Kuala Lumpur Ogos lalu.

Dua aktivis pelajar lain, Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali juga digantung pengajian selama satu semester dan didenda RM400, manakala Suhail Wan Azhar hanya didenda.