PPBM Sah Sertai Pakatan Harapan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diterima sebagai anggota gabungan komponen parti pembangkang selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan dalam mesyuarat di Pejabat Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut kenyataan ditandatangi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, sekretariat PH akan mengutuskan surat kepada kepimpimpinan PPBM untuk memaklumkan hal tersebut.

Majis Presiden PH juga telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan parti dan merangka menifesto bersama, selain akan menggunakan logo baru bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

“Mesyuarat bersetuju perbincangan segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru,” kata Wan Azizah.

PH dijangka akan memperhebatkan kempen mereka dengan kemasukan PPBM sebagai komponen baru gabungan itu dan memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang.