Adam Rosli Ditahan SPRM, Bantu Siasatan Kes Rasuah

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.

Sumber SPRM memberitahu bahawa Adam, 28, ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahsuaian wang haram.

Adam digari dan disoal siasat untuk beberapa jam di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

“Dia dilihat digari ketika berada di lobi SPRM pada kira-kira pukul 4.10 petang,” kata sumber itu.

Adam tiba ke pejabat SPRM jam 2.30 petang tadi memakai baju batik.