Jamal “Serang” Bangunan SUK Selangor Lagi, Protes Penganjuran Pesta Arak

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak memecahkan lebih 100 botol diyakini bir di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

Tindakan Jamal itu dipercayai sebagai tanda protes terhadap penganjuran sebarang pesta arak di negeri ini dan kelulusan yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor.

Beliau hadir bersama-sama kira 20 orang penyokongnya sambil membawa beberapa kotak minum keras dan tukul besi kira-kira jam 10.15 pagi, sebelum bertindak memecahkan botol dan kotak di pintu pagar bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu.

Pemimpin kontroversi Umno itu turut memberi amaran kepada pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali supaya tidak membisu dan mengambil mudah terhadap penganjuran pesta seumpama itu.