Dua Lelaki Lempar Bom Petrol Ke Surau, 20 Jemaah Terselamat

Dua lelaki menaiki motosikal bertindak melemparkan sebotol bom petrol ke dalam Surau Al-Huda, Damansara Damai di Petaling Jaya, kira-kira 6.15 pagi Ahad lalu sebelum bertindak melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata tiada kecederaan dilaporkan dan polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan pihak berkaitan.

Kejadian berlaku ketika 20 dan imam sedang menunaikan solat Subuh, namun disedari salah seorang daripada mereka, sebelum mereka bertindak memadamkan api di pintu pagar surau itu.

Satu botol arak berisi petrol ditemui di pintu pagar surau berkenaan.

Polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.