Anugerah Puskás, Kemenangan Faiz Subri Bukti Kuasa Media Sosial

Kejayaan pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskás FIFA 2016 merupakan bukti ‘kuasa’ media sosial di negara ini sehingga mampu menobatkan pemain tersebut sebagai penjaring gol tercantik tahun lalu.

Penyebaran mesej untuk mengundi Faiz di laman sesawang FIFA semenjak beberapa bulan lalu melalui aplikasi Whatsapp, selain dibantu medium media sosial lain seperti Twitter, Facebook dan Instagram ternyata meletakkan Faiz sebaris dengan pemain antarabangsa lain.

Kemenangan Faiz di anugerah bola sepak antarabangsa itu mengharumkan nama negara selepas dia menewaskan pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi dan Neymar untuk merangkul anugerah tersebut.

Selangor Press ingin mengucapkan tahniah kepada Faiz atas kemenangannya dan semoga kemenangannya itu menjadi suntikan semangat kepada pemain bola sepak tempatan yang lain.