PKNS FC Benam Perak, Terus Rentak Cemerlang

PKNS FC mengekalkan rentak cemerlang dengan membenamkan Perak, 3-0 salam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, petang tadi.

Gol pembukaan PKNS disempurnakan oleh penyerang import dari Argentina, Lucas Sebastian Espindola pada minit ke-47, sebelum penyerang tersebut menambah pada minit ke-47.

Gol ketiga pula dijaringkan oleh Safee Sali pada lapan minit sebelum perlawanan memastikan pasukan The Red Ants pulang bergaya.

Melalui dua kemenangan dari empat perlawanan, PKNS berjaya mengumpul enam mata serta menduduki tangga ketiga liga di belakang Pahang dan Perak yang berkongsi tujuh mata.