Akhir Terbuka Malaysia, Chong Wei Temu Lin Dan

Pemain Badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bakal berhadapan musuh tradisi, Lin Dan esok dalam peringkat akhir Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Chong Wei yang beraksi cergas dalam peringkat separuh akhir berjaya menundukkan pemain Hong Kong, Vincent Yong dengan mata 21-12 dan 21-9.

Manakala Lin Dan pula berjaya mengalahkan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho melalui pusingan rubber set pada saingan separuh akhir untuk mara ke peringkat akhir.