Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

Olimpik Musim Sejuk 2018, Najib Ucap Tahniah Pada Julian Yee

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Julian Yee Zhi-Jie yang akan bertanding mewakili Malaysia dalam acara luncur ais pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan.

“Tahniah kepada Julian Yee, atlet pertama Malaysia layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018, akan beraksi dalam acara luncur ais!,” kata Najib dalam catatan Twitter beliau.

Yee, 20, yang kini di tempat ke-38 dunia, layak menyertai acara itu selepas menduduki tempat keenam pada Kejohanan Trofi Nebelhorn CS Ke-49 di Jerman.

“Malaysia pasti menyertai Olimpik Musim Sejuk 2018! Akhirnya, saya berjaya melakukannya!” kata Yee dalam catatannya di Instagram.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu turut berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini. – BERNAMA