Ahli Perniagaan British Tawar RM1.6 Bilion Beli Newcastle United

Seorang ahli perniagaan British sudah membuat tawaran rasmi sekitar STG300 juta pound (RM1.647 bilion) untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United, menurut laporan media British hari ini.

Beberapa media termasuk BBC, berkata firma kewangan milik Amanda Staveley, PCP Capital Partners sudah membuat tawaran kepada pemilik Newcastle, Mike Ashley.

Newcastle masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung laporan berkenaan.

PCP Capital Partners dipercayai sedang mengadakan perbincangan dengan Newcastle mengenai potensi pengambilalihan sejak beberapa minggu lalu.

Usahawan pakaian sukan, Ashley mengumumkan dia mahu menjual kelab itu pada Oktober selepas 10 mengetuainya, membayar STG134.4 juta pound (RM738.03 juta) untuk membeli Newcastle pada 2007.

Jutawan berusia 53 tahun dari London itu membuktikan dia adalah individu yang sentiasa turun naik ketika kepimpinannya yang menyaksikan Newcastle dua kali tersingkir dari Liga Perdana dan kemudian segera kembali ke liga teratas itu.

Staveley, 44, membantu Sheikh Mansour membeli Manchester City pada 2008.

Dia dilihat menyaksikan Newcastle seri 1-1 berdepan Liverpool di St James’ Park bulan lalu.

Newcastle naik taraf daripada Liga Kejuaraan di bawah kendalian Rafael Benitez musim lalu. – AFP