Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

Jamal Dibebas Sehari Lebih Awal, Umum Anjur Protes “Makan Aiskrim” Rabu Ini

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dibebaskan pihak polis sehari lebih awal sebelum remannya berakhir mengumumkan akan mengadakan protes “makan aiskrim” di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan SUK), Rabu ini.

Jamal yang dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira jam 7.30 malam semalam berakta Bangunan SUK akan menjadi sekali lokasi protesnya lagi, tetapi kali ini membabitkan aiskrim.

“Bantahan yang akan saya jalankan adalah tidak ganas. Kami akan membantah di (bangunan) SUK dengan makan aiskrim,” kata beliau.

Pemimpin kontroversi Umno itu ditahan awal pagi kelmarin berikut tindakannya memecahkan botol arak di pintu masuk Bangunan SUK, di Shah Alam, sebagai membantah keputusan pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang meluluskan pesta arak.

“Tidak ada yang akan menghentikan kami. Walaupun saya digari dan ditahan kerana protes sebelum ini, ia tidak akan menghalang saya daripada menentang mana-mana pesta arak di Selangor,” katanya.

Jamal berkata beliau gembira dibebaskan lebih awal dengan jaminan bersama tujuh indiviu lain kerana telah selesai memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan ke atas mereka.

Menurut Jamal, tindakannya memecah botol arak semata-mata bertujuan memberikan mesej bahawa budaya meminum arak adalah tidak baik.

Tambah beliau, protes itu juga merupakan mesej kepada kerajaan negeri untuk berhenti memberi kelulusan kepada acara berkaitan alkohol.