Kasihan Kamu, Guan Eng!

KASIHAN kamu Guan Eng. Pelbagai musibah berlaku kepada kamu. Jika kamu tidak percaya pada tuhan maka kamu harus menerima hakikat bahawa inilah hukum karma buat kamu. Namun jika kamu percaya wujudnya tuhan, maka inilah hukuman tuhan ke atas kamu di dunia ini sebelum kamu mati.

Ada yang mendakwa bahawa parti DAP kamu itu haram kerana pada pemilihan jawatan kuasa pusat (CEC) “wujudnya penyelewengan apabila berlaku kesilapan pengiraan undi dan DAP juga dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut. Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan berhubung kesilapan tersebut selepas menerima laporan daripada ahli-ahli DAP sendiri.

Guan Eng, kalau pembinaan rumah yang kita duduk itu haram, maka banyaklah lagi yang haram-haram yang wujud dalam rumah itu. Sepatutnya parti “haram” tidak boleh bertanding, tetapi nasib kamu baik kerana pada pilihan raya yang lalu, siasatan ROS belum lagi lengkap untuk mengharamkan parti kamu daripada pilihan raya.

Kamu sebagai setiausaha agung parti pun tahu, sebab itu sehari sebelum pilihan raya kamu arahkan calon-calon parti “haram” kamu supaya membawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon, kerana kamu bimbang jika parti kamu diharamkan daripada pilihan raya.

Langkah itu adalah sebagai persediaan jika calon (parti kamu) tidak dibenarkan menggunakan simbol roket pada hari penamaan. Lalu parti kamu mempunyai alternatif untuk menggunakan lambang PAS di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak kamu rancang untuk menggunakan lambang PKR.

Pandainya kamu hendak menggunakan lambang PAS. Pada masa itu PAS masih keliru dengan kelicikan kamu, eksploitasi kamu, manipulasi kamu, putar-belit kamu, dan kelentong kamu. Tapi hari ini Tok-Tok Guru baru PAS sekarang ini bukan bodoh untuk kamu kelentong. Tapi walau bagaimanapun kelentong kamu, eksploitasi kamu, dan manipulasi kamu itulah yang menjadi sebahagian daripada hukum karma ke atas kamu.

Tidak perlu media massa mengingatkan kamu. Ahli-ahli parti kamu sendiri pun sudah ramai yang sedar tentang pembohongan kamu, dan sikap oportunis kamu dalam kes pemilihan CEC parti.

Sebagaimana kata bekas Naib Pengerusi DAP, YM Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, “Guan Eng telah melakukan pelbagai pembohongan termasuk turut menjadikannya (YM Tunku) mangsa dalam isu perhimpunan haram Bersih 3.0 tahun lalu. Ini gaya Guan Eng yang telah banyak membuat pembohongan demi pembohongan. Daripada isu kononnya menolong seorang gadis bawah umur, kemasukan pelaburan asing ke Pulau Pinang, sehingga kontroversi CEC, dia sudah banyak berbohong. Dalam isu CEC, nak heret Perdana Menteri pula, nak cabar keputusan ROS melalui semakan kehakiman. DAP sebelum ini banyak pertikai mahkamah, polis dan SPR tetapi kini nak guna mahkamah pula? Merepek.

Kasihan kamu Guan Eng, dan rasa moyok, murung, gusar dan gundah-gulana kamu itu yang kamu cuba guna untuk meraih simpati pengundi. Tapi anehnya kamu cuba juga menepis kelentong kamu sebelum itu. Kamu halakan kesalahan pemilihan CEC itu kepada Dato Seri Najib. Kamu tidak mahu mengaku kamu bersalah. Mungkin kamu tak nampak kesalahan kamu sebab mata kamu sepet.

Sebagaimana dilaporkan:

Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong mendakwa, sikap Guan Eng yang tidak mengaku kesilapan, sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain adalah perkara biasa bagi pemimpin sebuah parti yang kononnya ‘memperjuangkan’ ketelusan dan demokrasi itu. Kalau dia (Guan Eng) nak ‘heret’ Perdana Menteri dalam isu ini (kontroversi CEC), kenapa tidak Perdana Menteri terus mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan sahaja pendaftaran DAP? Inilah perangai Guan Eng, dia tidak akan mengaku segala kesalahan dan akan kata ini konspirasi politik. Kita lihat sudah banyak kali dia menyalahkan UMNO atau Barisan Nasional (BN) dan perangai sedemikian sama dengan rakan sekutunya yang menyalahkan pihak lain (sila rujuk https://goo.gl/76BGsZ).

Guan Eng, kamu suka salahkan orang lain, apabila kesalahan itu terpikul oleh kesilapan kamu sendiri. Kini apabila berlaku tanah runtuh di Tanjung Bungah, kamu hendak salahkan siapa pula? Kamu hendak salahkan tokong kamukah? Mungkin itulah yang lebih baik untuk melepaskan diri kamu.

Lebih 10 orang sudah mati Guan Eng. Itu kamu boleh kelentong juga Guan Eng. Kamu boleh kata “sudah sampai ajal, itu sebab mereka semua mati”.

Tapi kamu lupa Guan Eng. Pada 9 April 2012, Timbalan Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Mohideen Abdul Kader telah mempersoalkan keraguan dalam proses kelulusan projek kepada dua pemaju di kawasan Sungai Ara yang dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang mempunyai risiko nyata terhadap bencana alam atau kemerosotan tanah yang serius apabila diganggu oleh aktiviti pembangunan (sila rujuk https://goo.gl/xsPCCA).

Bukan di Sungai Ara sahaja, lereng-lereng bukit di Pulau Pinang habis dipunahkan. Sebagaimana yang tersiar dalam TV14, “kontraktor itu rakus dan bersikap demikian kerana mendapat kebenaran dan lesen besar dari “tokong besar” DAP di Pulau Pinang.

Guan Eng, kamu tidak peduli langsung teguran SAM itu dan projek-projek di lereng-lereng bukit diteruskan juga. Kamu menggadaikan nyawa rakyat!

Padahnya akibat banjir seorang wanita lemas selepas dihanyutkan arus di Jalan Paya Terubong. Itulah banjir yang terburuk melanda Pulau Pinang dengan 600 orang dipindahkan. Tapi dengan sikap manipulasi, dan putar-belit, kamu beritahu China Press pada 15 September lalu, bahawa situasi banjir di Pulau Pinang tidak serius. Orang sudah ramai mati kerana sikap kamu, kamu masih nak kelentong lagikah Guan Eng?

Kemudian kamu berlagak terkejut pula bila kamu buat kenyataan yang kamu tidak dimaklumkan tentang dana kerajaan pusat sejumlah RM22.09 juta untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Kamu bukan saja kaki kelentong tapi ego sentrik kamu amat tinggi sampai ada yang gelar kamu ‘tokong Guan Eng’.

Rakyat masih ingat Guan Eng, dengan ego sentrik kamu, pada 15 Disember 2013, kamu dengan angkuh membuat janji akan menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh sepenggal sahaja jika DAP menang Pilihan Raya Umum (PRU) dan menguasai Kerajaan Persekutuan. Janji kamu janji taik kucing Guan Eng. Banjir di negeri yang kamu tadbir sendiri pun kamu gagal, ini kan pula kamu nak jaga dan nak selak kain orang.

Kamu ghairah meluluskan peruntukan untuk buat Kajian Kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang berharga RM305 juta. Sedangkan projek yang sama dan kajian yang sama di Kanada adalah 61 kali ganda lebih murah daripada apa yang kamu nak buat di Pulau Pinang. Kamu tamak haloba dan pelahap Guan Eng.

Samalah juga dengan projek Laluan Basikal dalam Bandar di Pulau Pinang. DBKL melaksanakan projek yang sama dengan nilai RM4 juta untuk 6 kilometer, yang boleh dipecahkan kepada RM667 ribu per kilometer. Sebaliknya di Pulau Pinang nilai projek ialah RM4.6 juta untuk 1.1 km yang dipecahkan menjadi RM4.19 juta per kilometer. Apa ini Guan Eng? Inikah yang kamu maksudkan dengan ‘telus, bersih dan bebas dari rasuah dan penyelewengan?

Dua kes rasuah yang sudah sampai ke mahkamah pun, kamu masih hendak salahkan orang lain. Yang paling meloyakan bila kamu tak jumpa siapa yang kamu nak tudingkan jari, kamu akan kata ‘konspirasi BN’. Itulah klise retorik kamu.

Bila projek Lynas dilaksanakan di Pahang, kamu dengan gah nak tunjuk pada rakyat Pulau Pinang yang kamu ambil berat sangat tentang projek yang membahayakan rakyat. Pada 26 Februari 2012, satu perhimpunan memprotes Lynas dibuat di Pulau Pinang. Kamu jadi hero Guan Eng. Kamu kata “Mereka yang sokong Lynas ini tiada perikemanusiaan… kita mahu buat pembersihan Lynas kerana mahu anak kita selamat.” Hebatnya kamu Guan Eng.

Sedangkan kilang-kilang haram di Sungai Lembu yang wujud sejak kamu memerintah Pulau Pinang, kamu sangkal dan tuduh dibina sejak zaman BN.

Jelaslah Guan Eng, sebenarnya kamulah yang tidak berperikemanusiaan. Patutlah tokong kamu timpakan celaka kepada kamu Guan Eng.

Dalam isu banjir, kamu temberang salahkan JPS. Dalam isu kilang haram, kamu kelentong salahkan JAS. Dalam kes rasuah, kamu kata konspirasi BN. Kamu selalu meletakkan kesalahan kepada orang lain, bila terkena batang hidung kamu sendiri.

Tapi bagus juga ada hukum karma atau hukuman daripada tokong kamu itu. Biar rakyat Pulau Pinang sedar. Sebagaimana perumpamaan Inggeris mengatakan, “what you harvest are what you sown.” Biarlah rakyat Pulau Pinang terbuka mata, untuk menyedari kesilapan besar yang telah mereka lakukan, kerana merekalah yang memilih kamu, Guan Eng.

Walau bagaimanapun daripada contoh berikut Guan Eng, kamu harus tahu, ramai yang mendesak kamu meletakkan jawatan. Kasihan kamu Guan Eng.