Ketua Menteri Main Opera Cina

PADA Disember 2015, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa sebarang pindaan selepas dua hari ianya dibentangkan.

Rang Udang-Undang yang dibahasakan selama enam setengah jam itu, memberi 15 kuasa khas kepada Pengarah Operasi Bencana dan pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara termasuk hal berkenaan bencana alam.

Intipati RUU ini bukan sesuatu yang baru, tetapi adalah penambah baik daripada apa yang telah dimaktubkan pada tahun 1997 dan disemak semula pada tahun 2012.

Namun anehnya RUU ini ditentang oleh pihak pembangkang yang bebal dan paranoid dengan persepsi liar mereka.

RUU Majlis Keselamatan Negara semakan 2015 itu telah diluluskan dengan sokongan 107 ahli parlimen manakala 74 lagi daripada pihak pembangkang yang bebal termasuk Lim Guan Eng, menentang.

Beberapa hari yang lalu tanpa rasa malu, Lim Guan Eng merayu pada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta bantuan tentera untuk membantu menghadapi musibah bencana banjir yang melanda Pulau Pinang.

Banjir besar sedemikian tidak pernah lagi melanda Pulau Pinang tetapi hanya setelah diperintah oleh DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng, ia datang seakan-akan membenci Lim Guan Eng.

Apa tidaknya inilah Ketua Menteri bebal yang tamak haloba dengan projek-projek kondominium mewah di lereng-lereng bukit yang tidak direstui oleh Jabatan Alam Sekitar.

Sebagaimana kata Tan Sri Noh Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

“Selain dari penolakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), projek di mana terjadinya kejadian tanah runtuh itu pada awalnya ditolak oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa majlis tempatan Pulau Pinang sendiri.”

Apabila keadaan menjadi bertambah buruk dengan banjir besar yang melanda Pulau Pinang, dengan wajah sedih ala pelakon opera Cina, Lim Guan Eng mencebek-cebek wajah sedih pilu, merayu kerajaan Persekutuan supaya membantu.

Dato Seri Dr Ahmad Zahid (DSAZ) tidak pula mahu mengungkit kebiadaban Guan Eng, kerana pastinya DSAZ, bukan mahu membantu pelakon opera itu, tetapi sebaliknya membantu rakyat Pulau Pinang.

Lakonan opera Guan Eng bukan setakat itu sahaja, Guan Eng juga pernah membuat kenyataan bahawa negeri yang dilanda banjir adalah negeri yang banyak rasuah dan bankrap.

Sekarang apakah rakyat boleh menggunakan kenyataan streotaip itu untuk menjelaskan keadaan di Pulau Pinang yang banyak rasuah? Guan Eng ingat rakyat bahlol dan tolol. Dia ingat semua rakyat seperti kuli Cina yang dibayar untuk mengangkut najis jamban di Pulau Pinang pada tahun-tahun 1960-1980an dulu.

Sekarang apakah watak yang akan dibawanya pula bagi menyudahkan cerita operanya yang basi dan meloyakan.

Rakyat sudah mula muak dan loya dengan lakonan Guan Eng yang kadangkala amat rasis dan penuh ethnosentrisme.

Lihatlah bagaimana luahan hati rakyat sudah muak dengan lakonannya yang tidak konsisten (tekal), sekejap dia mengutuk dan sekejap lagi dia menangis meminta bantuan pihak yang dikutuknya. Dia menghina negeri yang dilanda banjir dengan tuduhan dan streotaip yang tidak berasas.

Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak sedarkah tentang arahan Majlis Keselamatan Negara dalam Perkara 20? Arahan itu yang menerangkan mekanisme pengurusan bencana seperti berikut:

Di manakah letaknya peranan tentera dalam Operasi Bencana sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh MKN, yang membuat Guan Eng merayu meminta kerjasama tentera?

Dahulunya semasa tragedi serangan militan di Lahad Datu Sabah, DAP bersunguh-sungguh menentang usaha pihak tentera Malaysia mempertahankan negara dalam soal keselamatan dan tragedi ketenteraan itu. Malah mereka membentuk persepsi minda rakyat untuk mempercayai bahawa kerajaan hanya berlakon, meskipun beberapa orang pasukan keselamatan Malaysia telah terbunuh. Kini siapakah yang berlakon?

Selepas DSAZ sedia membantu, lakonan dia bertambah hebat, tetapi dia lupa watak dia yang menghina Kerajaan Persekutuan sebelum itu.

Terkeluar daripada skrip operanya, Guan Eng terus menyerang Kedah pula. Kata Guan Eng dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 9 November:

“Keadaan banjir di kebanyakan tempat di negeri ini sudah mulai surut melainkan beberapa kawasan di SPU dan SPT yang menerima air dari Kedah. Banjir di negeri itu (dan melimpah ke negeri ini) merupakan faktor yang besar.

“Selama ini Pulau Pinang perlu bayar untuk bekalan air yang dibekalkan Kedah. Adakah kali ini mereka akan bayar kepada kita untuk limpahan air (banjir) ini juga? Apa lagi kita boleh buat? Itulah bala yang terpaksa dihadapi negeri ini.

Tidak hairanlah pelakon opera ini dicaci-cerca rakyat sebagai celaka, yang membawa kecelakaan kepada Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya yang akan datang ini, eloklah rakyat Pulau Pinang terutama orang Melayu memilih pelakon opera Cina DAP ini sekali lagi, bukan kerana efisiensi dia mentadbir negeri, tetapi kerana aksi hebatnya dalam opera Cina.

Kita tunggu nanti apakah lagak lakonan dia berikutnya.