PBB Anggap Pembunuhan Duta Rusia Keganasan Tidak Masuk Akal

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, hari ini, telah mengutuk pembunuhan Duta Rusia ke Turki, Andrey Karlov, di Ankara dan menyifatkannya sebagai satu tindakan keganasan yang tidak masuk akal, lapor agensi berita China Xinhua.

Karlov, yang berkhidmat sebagai duta ke Turki sejak 2013, telah ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata ketika sedang berucap pada pembukaan satu pameran seni – BERNAMA