Tentera Iraq Usir Militan Daesh, Kuasai Timur Mosul

Tentera Iraq disokong Amerika Syarikat (AS) menguasai sepenuhnya timur Mosul selepas mengusir militan Daesh dari bahagian utara bandar itu semalam, tiga bulan selepas operasi besar-besaran dilancarkan.

Komander tentera Iraq, Leftenan Jeneral Talib Shaghati yang mengetuai pasukan anti-keganasan berkata, pencapaian tidak dijangka itu adalah ‘kejayaan besar’.

Bercakap kepada media di bandar Bartella, timur Mosul, Shaghati berkata, rancangan seterusnya adalah mengambil alih barat bandar itu tetapi tidak menjelaskan bila operasi akan dimulakan.