Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Duterte Tidak Bimbang Disaman

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tidak bimbang dengan satu aduan undi tidak percaya dan beberapa ancaman saman di peringkat antarabangsa membabitkan operasi antidadah negara itu.

Sebaliknya, beliau berkata adalah lebih baik beribu atau berbilion penjenayah mati jika mengancam pihak berkuasa undang-undang daripada menyaksikan anggota penguat kuasa negara itu terbunuh.

Ahad lalu, Duterte hanya akan menghentikan operasi yang menyebabkan ribuan suspek dadah maut setakat ini jika penyeludup dadah menghentikan kegiatan mereka.

Beliau turut memberi amaran arahan baharu sudah dikeluarkan kepada polis untuk menembak penjenayah yang mengancam nyawa penguat kuasa undang-undang.

“Patuhi undang-undang dan kita semua selamat. Tinggalkan syabu dan tiada siapa akan mati esok, namun saya tidak akan terjejas dan tidak akan berhenti hanya kerana Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau undi tidak percaya,” kata Duterte. – AP