Daesh Mengaku Bertanggungjawab Bom Dua Gereja Mesir

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas dua pengeboman gereja di Mesir hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain, kata agensi berita kumpulan itu, Amaq.

“Sebuah kumpulan di bawah militan Daesh melancarkan kedua-dua serangan ke atas gereja-gereja di bandar Tanta dan Iskandariah,” kata Amaq. – REUTERS