J.K Rowling Tubuh Kelab Buku Harry Potter Kas Untuk Peminat

J.K Rowling dilaporkan akan melancarkan kelab buku dalam talian secara percuma khas untuk peminat lama dan baharu siri buku ‘Harry Potter’ tulisannya.

Wizarding World Book Club itu bakal dilancarkan pada Jun ini sempena sambutan ulang tahun ke-20 buku pertama dalam siri tujuh buku Harry Potter, iaitu ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’.

“Kami mahu mewujudkan masyarakat global pembaca Harry Potter yang berkomunikasi antara satu sama lain,” kata cabang penerbitan digital Rowling, Pottermore. – AP