Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Konsert Ariana Grande Bertukar Tragedi, Ramai Orang Awam Terbunuh

Konsert penyanyi pop Ariana Grande di Machester Arena, United Kingdom malam tadi bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan terbunuh dalam satu letupan bom ketika bintang itu sedang membuat persembahan

Sehingga kini, dilaporkan lebih 50 lagi cedera parah dalam insiden tersebut.

Polis Machester masih menyiasat punca kejadian itu, namun tidak menolak kemungkinan letupan bom tersebut merupakan serangan pengganas, seperti insiden letupan di konsert Eagles of Death Metal di Paris November 2015.

“Letupan bom ini akan ditanggani sebagai serangan pengganas sehingga pihak kami dapat mengesahkan sebaliknya,” kata polis Machester melalui Twitter.

Seorang saksi memaklumkan bahawa dia melihat kira-kira 30 orang tersungkur di atas lantai ketika orang ramai bertempiaran akibat terkejut dan ketakutan selepas bom itu meletup.

Pihak pengurusan Ariana yang dihubungi pemberita memaklumkan bahawa penyanyi itu selamat, namun masih terkejut dan trauma dengan kejadian yang berlaku.