Dua Ditikam Dalam Restoran Berhampiran London Bridge

Dua lelaki memasuki restoran di Pasar Borough berhampiran London Bridge dan menikam dua orang, menurut laporan CNN yang memetik kenyataan saksi.

Pada masa sama, polis mengambil tindakan segera bagi menangani kejadian di tengah ibu kota England itu.

Saksi memberitahu CNN seorang pelayan dikelar leher manakala seorang lelaki ditikam di belakangnya. – Reuters