Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Pengarah Filem Rocky, John Avildsen Meninggal Dunia

Pengarah filem ‘Rocky’, John Avildsen meninggal dunia pada usia 81 tahun hari ini.

Mendiang yang bertanggungjawab mencipta kemasyhuran untuk pemegang watak utama filem berkenaan, aktor Sylvester Stallone, meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini akibat kanser pankreas.

Filem terbabit yang dihasilkan pada tahun 1976 memberi laluan kepada Avildsen memenangi anugerah Oscar untuk kategori pengarah filem terbaik.

Selain Rocky, mendiang turut mengarah siri filem The Karate Kid yang juga mencatatkan kutipan pecah panggung. Diterbitkan pada tahun 1984, Avildsen turut mengarah sekuel filem itu iaitu The Karate Kid II pada tahun 1986 dan The Karate Kid III pada tahun 1989.

Presiden Persatuan Pengarah Filem Amerika, Paris Barclay berkata, filem arahan mendiang yang memberi tumpuan kepada aspek keberanian, kejayaan dan emosi berjaya menambat hati jutaan penonton, termasuk di luar Amerika.

Stallone turut bersedih atas pemergian Avildsen yang memuat naik ucapan takziah pada akaun Instagram miliknya. “R.I.P. Saya pasti anda akan mengarah filem terkenal di syurga. Terima Kasih, Sly,” aktor itu dipetik sebagai berkata. – AFP