Polis Britain Tanggani Segera Serangan Ketiga di London

Polis Britain mengambil tindakan segera terhadap kejadian ketiga di Vauxhall di selatan ibu kota negara itu, berikutan laporan sebuah van merempuh pejalan kaki di London Bridge dan kes tikaman di sebuah restoran di pasar Borough.

Katanya, pegawai bersenjata bergegas ke kejadian di Pasar Borough dan beberapa das tembakan dilepaskan.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May, akan mempengerusikan mesyuarat keselamatan pagi ini. – AFP/Reuters