Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Tujuh Maut, Dua Pengganas Mati Serangan di London

Sekurang-kurangnya tujuh dikhuatiri terbunuh dalam dua kejadian di London, lapor akhbar The Sun.

Menurut Reuters, akhbar itu juga melaporkan dua penyerang berhampiran London Bridge ditembak mati polis.

Sementara itu, AFP melaporkan polis berkata, kejadian di London Bridge dan pasar Borough adalah perbuatan pengganas.

“Pada jam 12.25 pagi waktu tempatan kejadian di London Bridge dan pasar Borough diisytiharkan sebagai tindakan pengganas, ” kata polis menerusi Twitter.

Bagaimanapun, polis mengesahkan insiden ketiga di Vauxhall tiada kaitan dengan pengganas. – Reuters/AFP